← Back to Infographics

Kursus Penulisan Minit Mesyuarat

What this infographic shows

Mesyuarat amat penting untuk mencapai sesuatu keputusan dengan cepat dan tepat. Ini betul bagi
semua jenis organisasi, sama ada besar atau kecil. Namun kebanyakan masa, mesyuarat antara
aktiviti yang tidak digemari oleh mereka yang terlibat dengannya. Dan hasilnya matlamat
mengadakan mesyuarat tidak kesampaian, dan sebarang keputusan tidak berjaya dibuat untuk
mengatasi masalah berbangkit.
Untuk memastikan sesuatu mesyuarat itu berjalan lancar dan dengan jayanya bergantungΒ  kepada
bagaimana ia dikendalikan dan yang lebih penting, apa yang dibincangkan di dalam mesyuarat
tersebut. Hanya melalui pengambilan dan penulisan minit mesyuarat yang tepat sahaja hadirin ke
mesyuarat tersebut dapat mengingati apa yang dibincangkan serta apa tindakan yang perlu diambil.
Kursus praktikal ini akan memberi tunjuk ajar kepada pencatat minit atau setiausaha mesyuarat,
untuk pengetahuan dan kemahiran dalam tugas mereka agar semua yang menerima dan membaca
minit mesyuarat kelak faham serta tahu tanggungjawab masing-masing selepas mesyuarat selesai.
Mereka juga perlu tahu apa keperluan sebelum, semasa dan selepas mesyuarat. Ianya membantu
peserta menghasilkan dokumen minit mesyuarat yang tepat serta dapat menyediakan mereka
dengan kemahiran yang akan meningkatkan keyakinan terhadap penulisan dan pembentangan minit
yang efisien.

Want to explore this further?

This infographic highlights key insights connected to deeper learning and practical application. Discover programmes related to this topic or speak to us about how these insights can be applied in your organisation.

  • βœ” Programmes aligned with this infographic
  • βœ” Practical learning beyond the visual summary
  • βœ” Facilitator-led and evidence-informed approaches
  • βœ” Suitable for individuals & organisations
← Back to Infographics ↑ Return to Top
Enquiry WhatsApp