← Back to Infographics

Kursus Pengurusan Audit

What this infographic shows

Pengurusan audit adalah sangat penting di setiap organisasi. Pengurusan audit yang cekap,
telus dan berkesan banyak membantu organisasi mengurangkan kos, mengelak pembaziran,
pemborosan, ketirisan dan penyelewengan dengan mengambil tindakan sewajarnya. Dalam
kursus pengurusan audit ini, pendedahan terhadap aktiviti pemecahan (cracking creativity)
pengurusan audit sering diabaikan dan tidak diberi keutamaan serius dan sewajarnya hingga
menyebabkan ia membawa kepada dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan
tindakan punitif terpaksa diambil terhadap pegawai terlibat kerana kegagalan memberi
tumpuan kepada isu-isu yang dibangkitkan atau amaran awal oleh pemerhatian audit sama
ada dari sumber dalaman atau luaran. Pengurusan Audit ini juga adalah untuk memastikan
ketepatan dan objektif penemuan/pemerhatian audit dan rumusan hasil pengauditan adalah
sangat penting kepada kedua-dua belah pihak sama ada kepada juruaudit dan organisasi
supaya tidak timbul percanggahan (dispute) kedua belah pihak. Disamping memperkenalkan
kaedah bagi mengurus audit dengan cekap, telus dan berkesan, dari pengalaman yang lepas
yang ditimbulkan dalam Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan kepincangan
Pengurusan Audit. Maka personel yang dipertanggungjawabkan perlu mengetahui dan
terlibat secara sepenuh masa bukan part -time atau sambil lewa dari proses kerja audit iaitu
di peringkat perancangan hingga exit conference serta Confirmatory Letter (Pemakluman draf
Final Laporan Ketua Audit Negara) audit itu sendiri. Permasalahan pengurusan audit di
peringkat pegawai yang diberi tanggungjawab penyaluran maklumat, dokumen dan mengatur
sesi temubual adalah antara punca organisasi tidak mengurus dengan teratur mengenal pasti
dan mengambil tindakan penambahbaikan terhadap pengurusan audit dalam organisasi.

Want to explore this further?

This infographic highlights key insights connected to deeper learning and practical application. Discover programmes related to this topic or speak to us about how these insights can be applied in your organisation.

  • βœ” Programmes aligned with this infographic
  • βœ” Practical learning beyond the visual summary
  • βœ” Facilitator-led and evidence-informed approaches
  • βœ” Suitable for individuals & organisations
← Back to Infographics ↑ Return to Top
Enquiry WhatsApp