← Back to Infographics

Kursus Pengurusan Bencana

What this infographic shows

Sejak penubuhannya pada 11 Januari 1972, RELA Malaysia telah menempuh pelbagai
cabaran, dan sehingga ke hari ini masih lagi utuh berdiri dan berkembang dengan majunya.
Bermula dengan Pasukan Home Guard, yang menggembleng tenaga sukarelawan di seluruh
negara bagi membantu kerajaan menangani masalah pengganas komunis, pasukan ini telah
berkembang menjadi sebuah Jabatan yang menguruskan tenaga sukarelawan seramai 3.1 juta
anggota.
Pegawai RELA merupakan kumpulan profesional yang berdepan dengan pelbagai cabaran
setiap hari. Ini kerana kewujudan pasukan ini adalah untuk memberi ruang kepada seluruh
warga Malaysia untuk bersama-sama menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara
dalam mempertahankan tanah air dan juga menjaga kesejahteraan serta keamanan setempat.
Dalam memelihara kesejahteraan dan keselamatan masyarakat setempat, peranan para
pegawai dan anggota RELA Malaysia perlu dikembangi luaskan lagi dengan penglibatan
bersama agensi-agensi lain dalam menguruskan insiden-insiden bencana dan kecemasan.
Pegawai RELA berupaya menjadi pasukan yang paling awal tiba di tempat kejadian sebelum
ketibaan pasukan Polis, Bomba atau ambulans kerana pegawai RELA berada di mana-mana
sahaja.
Oleh itu, cabaran kerja dan tugas seorang pegawai RELA bukan sahaja bergantung kepada
keupayaan kognitifnya malahan bergantung kepada teknik pengenalpastian risiko, ketertiban
emosi dan juga tingkah laku kumpulan sasar. Keupayaan kognitif (Cognitive Ability)
merujuk kepada teknik-teknik mengenal pasti sesuatu masalah, kaedah menimbangi,
perancangan dan pengendalian masalah tersebut secara efektif dan optimum. Teknik
pengendalian profesional membolehkan pegawai RELA meningkatkan produktiviti mereka
malah berupaya untuk mengurangkan aduan semasa terhadap etika kerja dan profesionalisme
dari segi pengurusan kemarahan (anger management) serta pengurusan emosi dan stress
(emotional & stress management). Dengan adanya panduan profesionalisme yang berkesan
ini, pegawai RELA akan dapat bertindak dengan lebih yakin dan tabah semasa menjalankan
tugas dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara.

Want to explore this further?

This infographic highlights key insights connected to deeper learning and practical application. Discover programmes related to this topic or speak to us about how these insights can be applied in your organisation.

  • βœ” Programmes aligned with this infographic
  • βœ” Practical learning beyond the visual summary
  • βœ” Facilitator-led and evidence-informed approaches
  • βœ” Suitable for individuals & organisations
← Back to Infographics ↑ Return to Top
Enquiry WhatsApp