← Back to Infographics

Kepimpinan Pendidikan Dalam Era Kecerdasan Buatan

What this infographic shows

Program ini dibangunkan khusus bagi membantu pemimpin pendidikan memahami implikasi strategik Artificial Intelligence (AI) terhadap kepimpinan sekolah, pengajaran dan pembelajaran, budaya organisasi pendidikan, tadbir urus, integriti akademik dan masa depan sistem pendidikan negara.
Program ini tidak memfokuskan aspek teknikal pembangunan AI, tetapi memberi penekanan kepada bagaimana pemimpin pendidikan perlu memahami, mengurus, mengawal dan memanfaatkan AI secara strategik dalam konteks sekolah dan organisasi pendidikan.
Realiti semasa menunjukkan bahawa ramai pemimpin pendidikan masih melihat AI sebagai isu teknologi semata-mata, sedangkan AI sebenarnya akan mengubah cara pelajar belajar, cara guru mengajar, cara sekolah membuat keputusan, cara prestasi dinilai, cara kandungan dihasilkan, serta cara kepimpinan pendidikan perlu berfungsi.
Jika pemimpin pendidikan gagal memahami perubahan ini, sekolah berisiko menjadi semakin tidak relevan, reactive dan sukar mengawal isu integriti akademik, ketidaksamaan pembelajaran, kebergantungan teknologi dan perubahan tingkah laku pelajar generasi baharu.
Program ini sesuai untuk Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Pegawai PPD/JPN, Pemimpin Pertengahan, peserta NPQEL, pengurus pendidikan dan pemimpin institusi pendidikan.

Want to explore this further?

This infographic highlights key insights connected to deeper learning and practical application. Discover programmes related to this topic or speak to us about how these insights can be applied in your organisation.

  • βœ” Programmes aligned with this infographic
  • βœ” Practical learning beyond the visual summary
  • βœ” Facilitator-led and evidence-informed approaches
  • βœ” Suitable for individuals & organisations
← Back to Infographics ↑ Return to Top
Enquiry WhatsApp