Kursus Pengurusan Audit
Introduction
Pengurusan audit adalah sangat penting di setiap organisasi. Pengurusan audit yang cekap, telus dan berkesan banyak membantu organisasi mengurangkan kos, mengelak pembaziran, pemborosan, ketirisan dan penyelewengan dengan mengambil tindakan sewajarnya. Dalam kursus pengurusan audit ini, pendedahan terhadap aktiviti pemecahan (cracking creativity) pengurusan audit sering diabaikan dan tidak diberi keutamaan serius dan sewajarnya hingga menyebabkan ia membawa kepada dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan tindakan punitif terpaksa diambil terhadap pegawai terlibat kerana kegagalan memberi tumpuan kepada isu-isu yang dibangkitkan atau amaran awal oleh pemerhatian audit sama ada dari sumber dalaman atau luaran. Pengurusan Audit ini juga adalah untuk memastikan ketepatan dan objektif penemuan/pemerhatian audit dan rumusan hasil pengauditan adalah sangat penting kepada kedua-dua belah pihak sama ada kepada juruaudit dan organisasi supaya tidak timbul percanggahan (dispute) kedua belah pihak. Disamping memperkenalkan kaedah bagi mengurus audit dengan cekap, telus dan berkesan, dari pengalaman yang lepas yang ditimbulkan dalam Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan kepincangan Pengurusan Audit. Maka personel yang dipertanggungjawabkan perlu mengetahui dan terlibat secara sepenuh masa bukan part -time atau sambil lewa dari proses kerja audit iaitu di peringkat perancangan hingga exit conference serta Confirmatory Letter (Pemakluman draf Final Laporan Ketua Audit Negara) audit itu sendiri. Permasalahan pengurusan audit di peringkat pegawai yang diberi tanggungjawab penyaluran maklumat, dokumen dan mengatur sesi temubual adalah antara punca organisasi tidak mengurus dengan teratur mengenal pasti dan mengambil tindakan penambahbaikan terhadap pengurusan audit dalam organisasi.
Introduction
Programme Outline
Whatβs inside this outline?
This outline provides a structured overview of the programmeβs objectives, key topics, and learning flow. It is intended to help you assess relevance and suitability before engaging further.
Resources
Kursus Pengurusan Audit
Interested in this programme?
Explore how this programme and its related resources can support your learning goals, organisational needs, or professional development.
- β Comprehensive programme content
- β Supporting articles and infographics
- β Practitioner-led insights
- β Suitable for multiple learning contexts
Or email us at training@hba.com.my