Kursus Pengurusan Bencana
Introduction
Sejak penubuhannya pada 11 Januari 1972, RELA Malaysia telah menempuh pelbagai cabaran, dan sehingga ke hari ini masih lagi utuh berdiri dan berkembang dengan majunya. Bermula dengan Pasukan Home Guard, yang menggembleng tenaga sukarelawan di seluruh negara bagi membantu kerajaan menangani masalah pengganas komunis, pasukan ini telah berkembang menjadi sebuah Jabatan yang menguruskan tenaga sukarelawan seramai 3.1 juta anggota. Pegawai RELA merupakan kumpulan profesional yang berdepan dengan pelbagai cabaran setiap hari. Ini kerana kewujudan pasukan ini adalah untuk memberi ruang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara dalam mempertahankan tanah air dan juga menjaga kesejahteraan serta keamanan setempat. Dalam memelihara kesejahteraan dan keselamatan masyarakat setempat, peranan para pegawai dan anggota RELA Malaysia perlu dikembangi luaskan lagi dengan penglibatan bersama agensi-agensi lain dalam menguruskan insiden-insiden bencana dan kecemasan. Pegawai RELA berupaya menjadi pasukan yang paling awal tiba di tempat kejadian sebelum ketibaan pasukan Polis, Bomba atau ambulans kerana pegawai RELA berada di mana-mana sahaja. Oleh itu, cabaran kerja dan tugas seorang pegawai RELA bukan sahaja bergantung kepada keupayaan kognitifnya malahan bergantung kepada teknik pengenalpastian risiko, ketertiban emosi dan juga tingkah laku kumpulan sasar. Keupayaan kognitif (Cognitive Ability) merujuk kepada teknik-teknik mengenal pasti sesuatu masalah, kaedah menimbangi, perancangan dan pengendalian masalah tersebut secara efektif dan optimum. Teknik pengendalian profesional membolehkan pegawai RELA meningkatkan produktiviti mereka malah berupaya untuk mengurangkan aduan semasa terhadap etika kerja dan profesionalisme dari segi pengurusan kemarahan (anger management) serta pengurusan emosi dan stress (emotional & stress management). Dengan adanya panduan profesionalisme yang berkesan ini, pegawai RELA akan dapat bertindak dengan lebih yakin dan tabah semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara.
Introduction
Programme Outline
Whatβs inside this outline?
This outline provides a structured overview of the programmeβs objectives, key topics, and learning flow. It is intended to help you assess relevance and suitability before engaging further.
Resources
Kursus Pengurusan Bencana
Interested in this programme?
Explore how this programme and its related resources can support your learning goals, organisational needs, or professional development.
- β Comprehensive programme content
- β Supporting articles and infographics
- β Practitioner-led insights
- β Suitable for multiple learning contexts
Or email us at training@hba.com.my