Kursus Pemanduan Defensif
Introduction
Organisasi seharusnya mempunyai misi dan objektif untuk menyediakan perkhidmatan logistik yang cekap, cemerlang dan beretika. Untuk merealisasikan objektif tersebut, organisasi perlu memastikan pemandu mempunyai kompetensi sebagai seorang pemandu yang cekap, berdisiplin, berhemah, bertanggungjawab dan bermotivasi tinggi. Latihan yang komprehensif kepada semua kakitangan adalah sangat penting termasuk juga pemandu yang merupakan front liner dan mencerminkan imej sesebuah organisasi. Gambaran keseluruhan kursus adalah termasuk statistik berkaitan kemalangan jalanraya, asas pemanduan dan kenapa perlunya kepelbagaian kemahiran di dalam pemanduan seharian dan juga kemahiran lain sebagai seorang pemandu. Antara modul lain dalam kursus ini termasuk etika dan protokol sebagai seorang pemandu dan penggunaan sistem GPS. Pengetahuan dan kemahiran menyelenggara kenderaan amat penting untuk pengguna dan juga menjimatkan kos. Peserta akan didedahkan kepada teknik mengesan kerosakan, penyelenggaraan dan membaikpulih enjin serta penggantian komponen. Peserta akan dilatih untuk mengenali komponen enjin, kaedah menjaga dan membaikpulih enjin dengan sebaik mungkin menggunakan peralatan yang minimum. Ini akan memberikan peserta kemahiran dan pengetahuan untuk menyelenggara kenderaan dan mengenalpasti kerosakan sebelum dirujuk ke bengkel. Selain dari itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah pemanduan secara defensif dalam menghadapi situasi tertentu ketika pemanduan. Ini akan meningkatkan tahap keyakinan kawalan kenderaan ketika dalam keadaan kecemasan. 70 peratus dari modul kursus ini akan dikendalikan secara praktikal bagi membolehkan peserta mendapat pendedahan sepenuhnya.
Introduction
Resources
Kursus Pemanduan Defensif
Interested in this programme?
Explore how this programme and its related resources can support your learning goals, organisational needs, or professional development.
- ✔ Comprehensive programme content
- ✔ Supporting articles and infographics
- ✔ Practitioner-led insights
- ✔ Suitable for multiple learning contexts
Or email us at training@hba.com.my